Thank you, we’ve raised RM2,270,970.83 across all our campaign

TABUNG ‘MAH CHER YAU NAN TONG’

RM338,953 of RM300,000 raised
LATAR BELAKANG AMMAH… ataupun nama Mah Jie…. mereka adalah ammah ataupun “maid’ kebiasaannya akan bekerja di rumah orang kaya kaya dulu. Kumpulan Mah Jie ini akan bersumpah bahawa mereka tidak akan kahwin sehingga mereka mati. Mereka akan duduk serumah dan rumah mereka akan dipanggil “ku por wok” atau rumah “ku por”. Setiap hujung bulan bergaji, mereka akan menabung di satu tabung nama “Ma Cher Yau Nan Tong” ataupun diterjemahkan kepada “ada susah tong”. Ia seperti sistem zakat yang diamalkan oleh mereka yang beragama Islam. Mana-mana ammah yang ada susah akan mengambil duit dari ”Mah Cher Yau Nan Tong” ini dan guna dahulu. Bila mereka ada duit, mereka akan kembalikan duit ke dalam “Ma Cher Yau Nan tong” ini. Maka, “Ma Cher Yau Nan Tong ” ini tidak akan kekurangan duit malah duit dalam tabungnya semakin banyak. Ia amat bergantung kepada amanah dan kesatuan mereka. Ammah ini atau Mah Jie telah banyak meninggalkan kita dalam pandemik ini. Kita dapat belajar dan mengambil semula semangat yang ditinggalkan oleh mereka. Mereka mempunyai semangat tolong-menolong, kerjasama, perpaduan yang amat tinggi nilainya dan amanah yang tertinggi dalam mereka mengendalikan “Mah Cher Yau Nan Tong” ini. Sifat mereka menabung untuk persediaan masa kesusahan juga boleh dipuji. TUJUAN Kami akan menubuhkan sebuah Tabung “Mah Cher Yau Nan Tong” di Kentangfund.com dan duit ini adalah untuk membantu mereka yang susah. Bukan memberi tetapi menolong dan apabila orang yang ditolong itu sudah kembali maju, mereka boleh menabung semula. Di dalam pandemik Covid ini, kita akan cuba (belum laksana lagi sehingga tabung kita mula ada duit) roll out cash help kepada mereka yang terjejas terutamanya peniaga kecil tertentu. Walaupun amaunnya amat kecil, ia membawa simbolik erti yang besar. Semangat “Mah Jie ” mesti dihidupkan untuk saling bantu-membantu. Kami merayu pada setiap anak Malaysia derma tak kira apa amaun setelah Tabung “Mah Cher Yau Nan Tong” ditubuhkan dalam Kentangfund.com dan sasaran kita adalah RM300,000 untuk membantu mereka yang susah dan peniaga-peniaga kecil. BUKAN AMAUN DUIT. TETAPI KITA NAK CORAKKAN DAN HIDUPKAN SATU SEMANGAT AMMAH ATAU MAH JIE DALAM KEHIDUPAN KITA. “Mah Jie” bekerja gigih dan sentiasa bantu-membantu. Inilah pandemik yang kita tangani dan atasi. Dengan semangat “Mah Cher”, kita akan menang dan tewaskan kesusahan dalam pandemik Covid. Kita melancarkan kempen mengumpul dana dalam Kentangfund.com dan juga di akaun rasmi Pertubuhan Amal Uncle Kentang, CIMB 8010-6247-32 (“Mah Cher Yau Nan Tong”). JOM HIDUPKAN SEMANGAT “MAH JIE” YANG TAK KENAL PENAT DAN KALAH. Semoga Malaysia akan menang dalam perjuangan ini dan semua rakyat Malaysia perlu bekerjasama.
RM5,000.00 September 22, 2021
RM3,000.00 July 3, 2021
RM2,500.00 August 13, 2021
RM2,400.00 August 27, 2021
RM2,001.00 September 18, 2021
RM2,000.00 July 5, 2021
RM1,505.00 September 1, 2021
RM1,366.35 July 7, 2021
RM1,000.00 June 13, 2021
RM1,000.00 September 4, 2021
RM1,000.00 June 13, 2021
RM1,000.00 July 3, 2021
crossmenu