
Seorang suami yang bekerja sebagai pemandu Lalamove ingin membeli sebuah alat bantuan pernafasan kepada isteri kesayangannya yang berusia 47 tahun yang mengalami penyakit permasalahan nafas terhenti semasa tidur malam sejak 2 tahun lalu. Dia sendiri juga menghidap penyakit sakit jantung.
Menurut saranan doktor, permasalahan pernafasan semasa tidur bagi isterinya boleh dirawat melalui membeli alat bantuan pernafasan agar dapat memberi tekanan angin yang boleh membuka saluran pernafasan. Namun, suami ini tidak berpendapatan tinggi dan tidak mampu untuk membeli alat bantuan pernafasan kepada isterinya.
Marilah kita sama-sama membantu isterinya mendapatkan alat bantuan pernafasan supaya mengurangkan risiko nyawa.