Samantha, 20 tahun asal dari Batang Kali di Hulu Selangor, kini sedang belajar di sebuah IPTS tempatan dalam bidang pendidikan prasekolah dan kini berada di tahun ke-3 pengajian. Dia merupakan satu-satunya harapan ibu tunggalnya dan dia berhasrat untuk menjadi seorang guru prasekolah.
Namun malang bagi Samantha, dia berkemungkinan tidak dapat melanjutkan pengajian itu kerana tidak mampu membayar yuran.
Sebelum ini, yuran pengajiannya ditanggung oleh ibunya dan sebahagian yurannya adalah dibayar melalui simpanan diri sendiri.
Namun, penularan wabak COVID-19 yang membawa kepada PKP, telah mengakibatkan ibunya kehilangan pekerjaan. Tanpa pendapatan tetap, ibunya mengalami kesukaran untuk membayar yuran pengajian Samantha. Ini menyebabkan tunggakan yuran pengajiannya menjadi semakin tinggi.
Ibunya baru-baru ini telah mendapatkan pekerjaan baru di sebuah pasaraya, namun gaji bulanannya hanya cukup untuk menyara hidup seharian mereka sahaja. Mereka buntu bagaimana mahu mencukupkan yuran pengajian Samantha. Sebagai jalan terakhir, ibunya menghubungi Uncle Kentang untuk mendapatkan bantuan dari anda semua.
Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada Samantha. Kita bantu dia habiskan pengajiannya. Hanya pelajaran sahajalah dapat menjamin kehidupan masa depan Samantha dan ibunya.
Deare Uncle Kentang, I hope this donation will help your foundation. Thank you
Wish u succeed in study and become a passionate and nurturing teacher one day.
God blessed 😇😘