Kanak-kanak dari keluarga kanser adalah yang paling menyedihkan!
Jika seseorang dalam keluarga itu sakit, mereka bukan sahaja perlu menghadapi kekurangan makanan dan kelaparan pada bila-bila masa, tetapi mereka juga mungkin menghadapi keluar dari sekolah setiap minit.
Apabila pencari nafkah sesebuah keluarga itu rebah, pelbagai masalah akan timbul termasuklah pendidikan anak-anak mereka.
Pada masa ini, mereka sangat memerlukan perhatian dan penjagaan sosial dan berharap seseorang akan menghulurkan bantuan untuk membantu mereka dan menarik mereka keluar dari kesusahan yang dihadapi.
Sebagai masyarakat, apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka? Selain menderma makanan dan bahan untuk membantu kanak-kanak ini mengisi perut dan menjaga kesihatan mereka dengan baik, Mereka juga boleh dibantu dalam pendidikan. Dengan cara ini, pesakit kanser tidak lagi perlu merasa risau dengan masalah anak mereka dan boleh fokus kepada proses rawatan.
Sekolah akan bermula tidak lama lagi dan kami merancang untuk mengumpul keperluan-keperluan sekolah untuk anak-anak daripada 60 keluarga miskin yang menghidapi kanser. Setiap kanak-kanak akan menerima sumbangan keperluansekolah bernilai RM150, termasuk pakaian sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan alat tulis.
Program bantuan ini adalah dengan kerjasama Jabtan Kerja Sosial Perubatan, Institut Kanser Negara.
Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.