Salam hormat. Satu lelaki Melayu kerja sekuriti perlu RM 1000. Isteri beliau meninggal dunia semalam. Isteri bukan ahli qariah. Dia telah suruh orang urus dan bil untuk pengurusan ada lah RM 1000.
Beliau minta RM 1000 dengan saya kerana kita lah yang dulu banyak bantu beliau, bayarkan bil eletrik tertunggak sehingga bekalan eletrik beliau di potong menyebabkan isteri yang terlantar tidak ada elektrik di rumah.
Kita yang belikan motosikal untuk beliau ulang alik supaya dapat pergi kerja dan bole balik masa break time jaga isteri beliau. Kita yang berikan katil hospital untuk isteri beliau. Pagi ini isteri beliau telah pergi temu pencipta kita.
Jom bantu lah beliau. Kejap lagi saya mau ke Flat PPR BAIDURI SELAYANG UNTUK BANTU BERI RM 1000 CASH KEPADA BELIAU.