Hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat lepas pada 17 Disember 2021 telah menyebabkan banyak kawasan rendah di lapan negeri Semanjung Malaysia telah dilanda banjir kilat. Negeri-negeri yang terlibat termasuk Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mangsa banjir di negeri-negeri tersebut telah meningkat seramai pulahan ribu orang. Banjir kilat ini telah mendatangkan kerosakan yang teruk pada kediaman mereka.
Difahamkan, ramai penduduk yang mengeluh kerana harta benda mereka rosak teruk akibat daripada banjir kilat yang berlaku itu. Kerugian yang ditanggung oleh setiap rumah akibat kerosakan perabot dan barangan elektrik. Malahan, buku-buku, baju sekolah, laptop bagi anak-anak muda yang masih belajar juga mengalami kerosakan susulan banjir kilat itu.
Sehubungan itu, satu Tabung Bantuan Banjir Rakyat Malaysia telah diwujudkan untuk mengumpul dana agar dapat menyalurkan bantuan dan sumbangan samada dalam bentuk kewangan atau barangan buat mereka yang terjejas dengan banjir kilat itu.
Jom, marilah kita sama-sama sedekah tanpa kira bangsa dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang hidup dalam perasaan runsing dan bimbang selepas mengalami banjir yang teruk.
Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.
加油!
八州大水灾水患赈灾基金
Jiayou